Thursday, November 22, 2018

Seorang bayi terjatuh di rel kereta api

Seorang bayi terselamat daripada digilis kereta api selepas terjatuh di ruang antara kenderaan itu dan platform di sebuah stesen di Uttar Pradesh, hari ini.

Insiden yang berjaya dirakam orang ramai itu, menunjukkan kereta api meluncur di atas bayi perempuan berusia setahun, sejurus selepas beliau jatuh daripada dakapan ibu bapanya, yang turun di stesen terbabit.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian berkenaan hanya mampu memerhati, namun ada yang menjerit kerana bimbang keselamatan bayi terbabit.

Beliau dilaporkan jatuh terlentang ketika kereta api yang dinaiki ibu bapanya hendak meninggalkan platform, sebelum memecut laju di atas kepala bayi itu, namun tidak menjejaskannya.

Sebaik sahaja kereta api terbabit meninggalkan stesen itu, seorang lelaki dengan pantasnya mengambil bayi berkenaan, yang sedang menangis tetapi tidaak mengalami sebarang kecederaan.

Media tempatan melaporkan, ibu bapa bayi perempuan hilang cengkaman ke atas anak mereka, apabila penumpang bertolak-tolakan untuk keluar dari kereta api ketika tiba di sebuah stesen di bandar Mathura.

No comments:

Post a Comment

Hot News :

Kapal Titanic kembali hidup

Kapal Impian Titanic beserta tragedi yang menimpanya tidak akan membuat kita lupa. Masih banyak ahli yang berusaha untuk memecahkan miste...